Ketika Allah berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi yakni Adam.” Jawab mereka : “Adakah patut Engkau menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi yang akan berbuat binasa dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sedangkan kami yang bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau.” Allah berfirman : “Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.”
Surah Al-Baqarah ayat 30
Al-Quran adalah mukjizat terbesar Rasulullah SAW. Al-Quran merupakan sumber utama kepada kelahiran tamadun Islam. Al-Quran merupakan wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Al-Quran mengandungi syariat Islam yag merangkumi semua aspek kehidupan, ketuhanan, ibadah, alam ghaib dan sebagainya.
Al-Quran
Al-Sunnah
Sunnah adalah setiap perkara yang meliputi perkataan, perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW.
Sunnah berperanan sebagai pentafsir Al-Quran serta menjelaskan perkara-perkara yang terkandung di dalam Al-Quran.
Al-Ijtihad
Ijtihad merupakan penyelidikan yang dilakukan para ulama mujtahidin sebagai satu inisiatif untuk menyelesaikan permasalahan semasa umat Islam sekiranya perkara tersebut tidak disentuh oleh Al-Quran mahupun Sunnah.
0 comments:
Post a Comment