Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saiyidina AbuBakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam. Antara jasa beliau ialah memerangi golongan Riddah dan mengumpulkan ayat-ayat al-Quran.
Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saiyidina Umar merupakan penasihat Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Abu Bakar mencalonkan Saiyidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634M. Dengan itu Saiyidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam. Antara sumbangan beliau ialah membentuk majlis syura, membahagikan wilayah-wilayah Islam.memperbaharui taraf golongan hamba dan menggalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran.
Saiyidina Uthman bin Affan r.a. telah dilantik menjadi khalifah setelah wafatnya Khalifah Umar. Ketika pemerintaha beliau, telah berlaku satu pertelingkahan mengenai cara bacaan Al-Quran. Lalu beliau meminjam suhuf daripad Hafsa. Kemudian beliau memerintahkan 4 orang sahabat untuk menyalin semula al-Quran dalam bentuk kesamaan bacaan(Mushaf Uthmani).
Setelah kewafatan Saiyidina Uthman, keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saiyidina Ali menolak. Namun, setelah didesak, beliau akhirnya menerima. saidina Ali telah melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saiyidina Ali turut memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq.
![]() |
Garis masa pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin |
0 comments:
Post a Comment