Monday 26 March 2012

Penyebaran Islam oleh Baginda Muhammad S.A.W


Kelahiran tamadun Islam bermula setelah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu daripada Allah SWT melalui malaikat Jibril a.s. (surah al-Muddasir). Nabi melakukan pendakwahan secara berperingkat. Nabi Muhammad SAW berdakwah secara rahsia selama 3 tahun iaitu untuk keluarga terdekat, para sahabat dan kaum kerabat. Kemudiannya Nabi Muhammad SAW berdakwah secara terbuka selama 10 tahun setelah turunnya wahyu daripada Allah SWT yang menyuruh Nabi Muhammad SAW berdakwah secara terbuka. Di sini terbukti bahawa Rasulullah SAW memiliki sifat-sifat terpuji iaitu tabligh yang bermaksud menyampaikan. 
Pada peringkat awal, hanya sejumlah kecil ahli keluarga baginda SAW dan sejumlah kecil golongan hamba yang menerima kedatangan Islam. Islam membawa satu konsep yang tidak dapat diterima oleh golongan jahiliah ketika itu iaitu Islam memberikan layanan yang sama kepada setiap umat manusia taanpa mengambil kira kedudukan pangkat atau harta. Pada ketika itu, golongan jahiliah adalah golongan yang angkuh dan hidup secara kabilah. semangat assabiyah tertalu tinggi dalam diri mereka. Kehadiran Islam dianggap sebagai satu cabaran. Namun penganut Islam semakin bertambah kerana Rasulullah SAW sendiri mempunyai keperibadian yang terpuji.
Islam menerima tentangan yang kuat dari golongan jahiliah. Islam ditentang kerana konsep persamaan taraf dan ikatan persaudaraan. Antar penentangan yang dilakukan ialah sekatan ekonomi terhadap umat Islam dan penyeksaan terhadap golongan hamba yang memeluk Islam. Rasulullah SAW juga pernah ditawarkan wanita cantik dan harta namun imannya tidak goyah kerana tawaran kaum Quraisy itu. Kaum Quraisy sangat bimbang kerana berfikiran bahawa kedatangan Islam akan menyebabkan kuasa politik akan beralih dan aktiviti ekonomi terganggu.
Penentangan kian hebat selepas Abu Talib dan isteri baginda, Khadijah meninggal dunia. Nabi membenarkan orang Islam mendapatkan pelindungan di Habsyah. Nabi dan Zaid Harithah ke Taif tetapi kurang berkesan. Nabi tetap sabar sehingga akhirnya berhijrah ke Madinah. Nabi berhijrah ke Madinah setelah menerima perintah Allah dan telah dijemput oleh suku Aus dan Khazraj.
Penghijrahan umat Islam disambut baik oleh penduduk Madinah. Umat Islam diberi tempat tinggal dan layanan yang baik. Malahan penduduk bukan Islam Madinah juga telah menerima umat Islam dengan baik.



0 comments:

Post a Comment