Monday, 26 March 2012

Sumber tamadun Islam


  1. Al-Quran
    • Al-Quran adalah mukjizat terbesar Rasulullah SAW. Al-Quran merupakan sumber utama kepada kelahiran tamadun Islam. Al-Quran merupakan wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Al-Quran mengandungi syariat Islam yag merangkumi semua aspek kehidupan, ketuhanan, ibadah, alam ghaib dan sebagainya.
Al-Quran

  1. Al-Sunnah
    • Sunnah adalah setiap perkara yang meliputi perkataan, perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW. 
    • Sunnah berperanan sebagai pentafsir Al-Quran serta menjelaskan perkara-perkara yang terkandung di dalam Al-Quran.
  2. Al-Ijtihad
    • Ijtihad merupakan penyelidikan yang dilakukan para ulama mujtahidin sebagai satu inisiatif untuk menyelesaikan permasalahan semasa umat Islam sekiranya perkara tersebut tidak disentuh oleh Al-Quran mahupun Sunnah.

Manifestasi dan Sifat-sifat Tamadun Islam


  • BERSIFAT RABBANI
    • Terpimpin dan mengatur perjalanan ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT

  • BERSIFAT KEAGAMAAN
    • Melaksanakan perintah Allah dan mengamalkan Islam sepenuhnya

  • BERSIFAT TETAP DAN TIDAK BERUBAH
    • Setiap Muslim wajib menyesuaikan kehidupan mereka dengan nilai-nilai Islam

  • SEMPURNA DAN SEIMBANG
    • Pembangunan rohani dan jasmani yang seimbang
    • Kehidupan yang seimbang di dunia dan di akhirat

  • SESUAI DENGAN FITRAH MANUSIA
    • Cenderung kepada kebenaran dan menolak kebatilan
    • Mengikuti batas-batas fitrah menurut syarak

  • BERSIFAT TERBUKA
    • Kesediaan menerima semua nilai murni tamadun lain yang tidak bercanggah dengan dengan prinsip-prinsip asas Islam

  • SEPANJANG ZAMAN
    • Tidak terbatas kepada tempoh masa tertentu

Prinsip tamadun Islam


  • KEIMANAN DAN PENGABDIAN DIRI KEPADA ILLAHI
      • Prinsip utama dalam hidup yang bertamadun ialah sekuat mana usaha seseorang itu beriman kepada Allah SWT
    • Benar dan amanah
        • Benar bermaksud kecenderungan untuk jujur dalam pemikiran, perkataan dan perbuatan
        • Amanah bermaksud melaksanakan tanggungjawab yang dipikul sebagai hamba Allah, khalifah dan Ahli masyarakat

  • MATLAMAT TAMADUN ISLAM
      • Memperoleh kebaikan dan kesejahteraan dalam kehidupan di dunia dan akhirat
      • Melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar

  • JALAN MENCAPAI MATLAMAT TAMADUN ISLAM
      • Manusia perlu sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah SWT, hubungan dengan sesama manusia dan hubungan dengan seisi alam.
      • Perbezaan bangsa hanyalah untuk tujuan perpaduan dan saling membantu.
      • Ukura kemuliaan di sisi Allah SWT berdasarkan ketakwaan dan pengabdian diri kepadaNya

  • ADAB-ADAB DALAM PEMBINAAN TAMADUN
      • Seluruh sumber alam ini harus dimanfaatkan untuk kesejahteraan hidup di dunia tanpa melanggar adab-adab dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi atau berbangga-bangga sedangkan segala apa yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata.

  • TAMADUN MESTILAH MENGIKUT MAQASID AL-SYARIAH
      • Memelihara agama
      • Menjaga nyawa
      • Memelihara kewarasan akal
      • Menjaga maruah dan keturunan manusia
      • Melindungi harta benda manusia

Pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin

Khulafa ar-Rasyidin bererti wakil atau khalifah yang benar atau lurus. Mereka merupakan waris kepimpinan Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda. Perlantikan mereka dibuat secara syura atau pilihan oleh khalifah sebelumnya. Khulafa ar-Rasyidin terdiri daripada empat sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a., Saiyidina Umar al-Khattab r.a., Saiyidina Uthman bin Affan r.a. dan Saiyidina Ali bin Abi Talib r.a.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saiyidina AbuBakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam. Antara jasa beliau ialah memerangi golongan Riddah dan mengumpulkan ayat-ayat al-Quran.
Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saiyidina Umar merupakan penasihat Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Abu Bakar mencalonkan Saiyidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634M. Dengan itu Saiyidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam. Antara sumbangan beliau ialah membentuk majlis syura, membahagikan wilayah-wilayah Islam.memperbaharui taraf golongan hamba dan menggalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran.
Saiyidina Uthman bin Affan r.a. telah dilantik menjadi khalifah setelah wafatnya Khalifah Umar. Ketika pemerintaha beliau, telah berlaku satu pertelingkahan mengenai cara bacaan Al-Quran. Lalu beliau meminjam suhuf daripad Hafsa. Kemudian beliau memerintahkan 4 orang sahabat untuk menyalin semula al-Quran dalam bentuk kesamaan bacaan(Mushaf Uthmani).
Setelah kewafatan Saiyidina Uthman, keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saiyidina Ali menolak. Namun, setelah didesak, beliau akhirnya menerima. saidina Ali telah melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saiyidina Ali turut memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq.

Garis masa pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin


Penyebaran Islam oleh Baginda Muhammad S.A.W


Kelahiran tamadun Islam bermula setelah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu daripada Allah SWT melalui malaikat Jibril a.s. (surah al-Muddasir). Nabi melakukan pendakwahan secara berperingkat. Nabi Muhammad SAW berdakwah secara rahsia selama 3 tahun iaitu untuk keluarga terdekat, para sahabat dan kaum kerabat. Kemudiannya Nabi Muhammad SAW berdakwah secara terbuka selama 10 tahun setelah turunnya wahyu daripada Allah SWT yang menyuruh Nabi Muhammad SAW berdakwah secara terbuka. Di sini terbukti bahawa Rasulullah SAW memiliki sifat-sifat terpuji iaitu tabligh yang bermaksud menyampaikan. 
Pada peringkat awal, hanya sejumlah kecil ahli keluarga baginda SAW dan sejumlah kecil golongan hamba yang menerima kedatangan Islam. Islam membawa satu konsep yang tidak dapat diterima oleh golongan jahiliah ketika itu iaitu Islam memberikan layanan yang sama kepada setiap umat manusia taanpa mengambil kira kedudukan pangkat atau harta. Pada ketika itu, golongan jahiliah adalah golongan yang angkuh dan hidup secara kabilah. semangat assabiyah tertalu tinggi dalam diri mereka. Kehadiran Islam dianggap sebagai satu cabaran. Namun penganut Islam semakin bertambah kerana Rasulullah SAW sendiri mempunyai keperibadian yang terpuji.
Islam menerima tentangan yang kuat dari golongan jahiliah. Islam ditentang kerana konsep persamaan taraf dan ikatan persaudaraan. Antar penentangan yang dilakukan ialah sekatan ekonomi terhadap umat Islam dan penyeksaan terhadap golongan hamba yang memeluk Islam. Rasulullah SAW juga pernah ditawarkan wanita cantik dan harta namun imannya tidak goyah kerana tawaran kaum Quraisy itu. Kaum Quraisy sangat bimbang kerana berfikiran bahawa kedatangan Islam akan menyebabkan kuasa politik akan beralih dan aktiviti ekonomi terganggu.
Penentangan kian hebat selepas Abu Talib dan isteri baginda, Khadijah meninggal dunia. Nabi membenarkan orang Islam mendapatkan pelindungan di Habsyah. Nabi dan Zaid Harithah ke Taif tetapi kurang berkesan. Nabi tetap sabar sehingga akhirnya berhijrah ke Madinah. Nabi berhijrah ke Madinah setelah menerima perintah Allah dan telah dijemput oleh suku Aus dan Khazraj.
Penghijrahan umat Islam disambut baik oleh penduduk Madinah. Umat Islam diberi tempat tinggal dan layanan yang baik. Malahan penduduk bukan Islam Madinah juga telah menerima umat Islam dengan baik.