Monday 26 March 2012

Empayar Turki Uthmaniyah


Kelemahan Kerajaan Abbasiyah telah menyebabkan kemunculan kerajaan kecil seperti Saljuk di Turki. Salah sebuah pemerintahan di bawah Saljuk ialah Anatolia yang berjaya menguasai kerajaan lain hingga membentuk kerajaan Turki Uthmaniyah. Uthmaniyah berasal dari nama pengasa kerajaan ini iaitu Uthman bin Ertughrul yang merupakan amir kawasan barat Anatolia yang bersempadan dengan empayar Byzantine. Byzantine berjaya ditumpaskan oleh Uthman, maka ramai ghazi dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dan bersama-sama memperluas taklukan.
Antara sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah ialah:
  • Bertahan selama 600 tahun sebagai empayar Islam.
  • Istanbul menjadi pusat pentadbiran dunia Islam.
  • Kanun Suleiman diperkenalkan.
  • Istanbul menjadi kota perdagangan timur dan barat.
  • Sistem pendidikan yang mantap.
  • Penulisan Ensiklopedia berkaitan sains Islam.
  • Pembinaan masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul.
Pada awal abad ke-20, empayar ini merosot keranan pemimpin lemah, keruntuhan sistem cukai dan pemberontakan.




Empayar Bani Abbasiyah


Kerajaan Bani Abbasiyah bermula selepas Revolusi Abbasiyah berjaya menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah. Gerakan ini dimulakan oleh Ali bin Abdullah. Pusat operasi gerakan ini ialah di Khurasan, Kufah dan Humaimah. Pemimpin terkenal kerajaan ini ialah Abu Salamah dan Abu Muslim. Pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah telah berpindah dari Damsyik ke Baghdad. Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau monarki.
Antara sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah ialah:
    • Baghdad menjadi kota intelektual.
    • Karya asing (falsafah dan sains Yunani) diterjemah ke bahasa Arab.
    • Islam mememelihara warisan ilmu sedangkan Eropah dilanda Zaman  Gelap.
    • Baitulhikmah dibina.
    • Penglibatan ulama dalam bidang penulisan.
Kerajaan ini berakhir apabila ditawan oleh tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan.



Empayar Bani Umaiyah



Kerajaan Bani Umaiyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan, selepas penyerahan kuasa daripada Ali untuk mengelakkan perpecahan umat Islam. Pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah berada di Damsyik(diasaskan oleh Khalifah Muawiyah),  kemudian berpindah ke Cordova(diasasaskan oleh Amir Abdul Rahman al-Dakhil). 
Antara sumbangan kerajaan Bani Umaiyah ialah:

  1. Bidang politik
    • Sistem khalifah, sistem wazarah, sistem gabenor, sistem urus setia, penubuhan Diwan al-Jundiy, penubuhan baitulmal.
  2. Bidang sosial
    • Ilmu pengetahuan, bahasa Arab sebagai bahasa rasmi, lahir imuwan-ilmuwan Islam, Cordova sebagai pusat keilmuwan.

Kejatuhan pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah bermula apabila golongan Mawali merasa didiskriminasi apabila tidak mendapat tempat dalam jawatan dan dikenakan cukai yang tinggi. Bani Umaiyah yang mentadbir juga mula tidak menitikberatkan ajaran Islam. Natijahnya, golongan Mawali mula menyertai golongan Abbasiyah. Orang Islam Syiah dan Khawarij turut menentang sistem warisan yang diamalkan oleh Bani Umaiyah. Gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.

Sumbangan Tamadun Islam Kepada Peradaban Dunia


  1. Impak tamadun Islam
    • Tamadun Islam mula mendominasi dunia sejak abad ke-7 hingga abad ke-18 masihi. Dalam tempoh yang sesingkat itu, tamadun Islam berjaya melahirkan ramai sarjana-sarjana ulung Islam di mana tidak dapat ditandingi ole bangsa lain.
  2. Pencapaian sarjana Islam
    • Ahli sarjana Islam merupakan pengasas terhadap percubaan kaedah sains dalam pengertian moden serta merangsang perkembangan sains pada zaman selepasnya.
    • Hasil karya cendekiawan Islam menjadi batu asas kemunculan Zaman Baru di Eropah.
  3. Pengaliran ilmu Islam ke Eropah
    • Andalusia mendominasi peranan sebagai pusat ilmu.
    • Hubungan dagang dan diplomatik antara negara Islam dan negara Kristian Eropah turut membantu dalam berkembangnya tamadun Islam.
    • Peranan gerakan terjemahan khususnya golongan Yahudi dalam menterjemahkan karya-karya Islam mendorong berlakunya penyebaran tamadun Islam ke Eropah.
    • Pembinaan balai-balai cerap yang lengkap dengan peralatan astronomi termasuk astrolab melambangkan kemajuan dalam kegiatan keilmuan Islam.
    • Tamadun Islam turut melahirkan ramai cendekiawan dalam bidang perubatan yang menyumbang dalam luasnya ilmu perubatan pada hari ini.
  4. Kegiatan-kegiatan keilmuan
    • Keadaan dalam wilayah Islam secara keseluruhannya adalah aman membolehkan pemerintah dan rakyat sama-sama memberi fokus terhadapkegiatan keilmuan dan kebudayaan.
    • Peranan pemerintah yang memberi dorongan terhadap kecintaan ilmu pengetahuan turut membantu dalam pengkajian oleh sarjana-sarjana Islam.
Ibnu Sina tokoh karyawan dan cendekiawan dalam bidang perubatan 


Ibnu Battuta pakar dalam pelayaran


Faktor-faktor Kemerosotan Tamadun Islam

Faktor-faktor utama yang mendorong kemerosotan tamadun Islam hampir serupa dengan tamadun lain iaitu:


  1. Pemerintah yang lemah
    • Negara yang diperintah oleh pemerintah yang lemah akan mudah menjadi kucar-kacir, ketidakstabilan politik, kelumpuhan ekonomi dan perpecahan negar menjadi wilayah-wilayah kecil.
  2. Berlaku penyelewengan dan keruntuhan akhlak
    • Semua bentuk-bentuk penyelewengan dan gejala keruntuhan akhlak dianggap sebagai perkara biasa sedangkan golongan amar makruf nahi mungkar dianggap kolot dan antikemajuan.
  3. Kekurangan sumber ekonomi
    • Sumber ekonomi yang kurang boleh membawa kepada kecelaruan sosial seperti kegiatan mencuri  dan sebagainya atas desakan hidup.
Antara faktor lain:

  1. Kegiatan ilmu yang merosot
    • Kurang penghasilan karya-karya baru mengakibatkan sarjana Barat mengambil alih tempat sarjana-sarjana Islam sebagai pemula.
  2. Ancaman musuh luar
    • Musuh luar telah menghancurkan dan membawa pulang khazanah ilmu milik umat Islam ke negara mereka.
    • Musuh luar menawan bangunan-bangunan milik kerajaan Islam dan menukar fungsi banguna tersebut.
  3. Bencana alam
    • Wabak penyakit, kemarau panjang, banjir besar, ribut taufan, tsunami dan gempa bumi merupakan faktor yang mampu meruntuhkan sesebuah tamadun.
    • Fenomena alam telah mngorbankan ratusan ribu nyawa manusia dan meranapkan bandar-bandar.
Ribut pasir

Faktor-faktor Kecemerlangan Tamadun Islam

Faktor utama kecemerlangan Tamadun Islam ialah keyakinan umat Islam terhadap ajaran Islam.
    • Ajaran Islam menitikberatkan perkembangan akal dalam mencari kebenaran. Ia mendedahkan umat Islam agar menerokai bidang-bidang ilmu yang boleh dicapai oleh akal serta dapat membantu kehidupan ummah di dunia dan akhirat.
    • Ajaran Islam tidak membezakan kedudukan, pangkat atau harta kerana setiap manusia ialah hamba Allah SWT semata-mata.
Antara faktor lain ialah:
  • Pemerintah yang bertakwa dan bijaksana
  • Politik yang stabil
  • Kegiatan keilmuan yang meluas
  • Keadilan yang menyeluruh
  • Ketenteraan yang kuat
  • Kedudukan yang strategik
  • Prasarana yang sempurna
  • Keterbukaan kepada tamadun lain

Faktor-faktor Kelahiran Tamadun Islam

Faktor utama kelahiran tamadun Islam ialah ajaran Islam itu sendiri.

    • Islam menekankan akidah dibina atas keyakinan berasaskan ilmu. Kemantapan akidah adalah teras pembanguna tamadun manusia.
    • Islam mementingkan ilmu pengetahuan dan penggunaan akal dalam mencari kebenaran.
    • Berfikir amat perlu dalam mencari kebenaran dan tidak boleh menerima sesuatu secara jahil.
    • Al-Quran merangkumi segenap ilmu yang tidak akan habis ditimba manusia.
    • Al-Quran dan Sunnah sentiasa menggalakkan umat Islam untuk mendalami pelbagai bidang ilmu.
Berfikir